Home Antarabangsa Dendam politik motif peguam Myanmar dibunuh

Dendam politik motif peguam Myanmar dibunuh

SHARE
KYAW Swe (tengah) pada sidang media mengenai pembunuhan Ko Ni, di Yangon, hari ini. - Foto EPA

YANGON: Beberapa pegawai kanan polis Myanmar mendakwa pembunuhan seorang penasihat undang-undang terkemuka kerajaan adalah disebabkan dendam politik peribadi dan bukan konspirasi tentera.

Dalam satu sidang media, hari ini beberapa pegawai polis dan wakil Kementerian Dalam Negeri berkata, mereka menahan tiga lelaki kerana dikaitkan dengan insiden tembakan peguam Ko Ni, pada 29 Januari lalu dan kini suspek keempat sedang dikesan.

Ko Ni adalah juga penasihat kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengenai undang-undang perlembagaan, termasuk bagaimana untuk mengambil kuasa daripada tentera dan memindahkannya kepada kerajaan pilihan rakyat beliau.

Tindakan peguam itu menimbulkan persoalan bahawa tentera mungkin terbabit dalam pembunuhannya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jeneral Kyaw Swe, berkata pembunuhan itu dilakukan empat individu disebabkan motif peribadi termasuk semangat kebangsaan melampau. – AP

Berita Harian

Comments