Home Tempatan Demokrasi Mungkin Penyumbang Kepada Terrorisme-Ahmad El Muhammady

Demokrasi Mungkin Penyumbang Kepada Terrorisme-Ahmad El Muhammady

SHARE

Kuala Lumpur: Demokrasi mungkin juga salah satu punca kepada terjadinya masalah keganasan dunia kata pakar politik keganasan dan terrorisme, Dr Ahmad El Muhamady.

Beliau menyarankan mungkin masyarakat patut mula mempertimbangkan idea bahawa demokrasi juga mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada permasalahan fenomena terrorisme yang sedang membarah di seluruh dunia.

Pandangan ini dilontarkan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu pada satu forum yang bertajuk ‘Challenging Religious Extremism In Nusantara’ yang dianjurkan oleh sebuah badan pemikir baru-baru ini.

“Demokrasi mungkin dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan terrorisme, tetapi perkara sebaliknya juga boleh berlaku”

Katanya lagi negara seperti Jerman yang kini terbuka kepada ancaman keganasan adalah disebabkan oleh demokrasi yang diamalkan negara tersebut. Demokrasi juga ada kelemahannya yang tersendiri dan kelemahan inilah yang digunakan oleh pengganas untuk ‘berdakwah’ dan merekrut ahli-ahli baru mereka.

“You are talking about democracy and you say, I can’t preach?”, tegasnya sukar untuk sesebuah demokrasi menafikan hak demokratik, lainlah kalau kita sebuah negara autokratik.

Katanya lagi dalam kajian yang dijalankan sepanjang menemuramah ramai banduan yang terlibat dengan kes-kes keganasan mereka mengaku banyak mendapat faedah daripada sistem demokrasi yang memudahkan mereka untuk bergerak, bekerja di sesuatu tempat atau negara baru dan menggunakan sistem komunikasi khasnya media sosial.

Comments