Home Antarabangsa Demi Agama, Tempahan Kek Perkahwinan Sejenis Boleh Ditolak – Mahkamah California

Demi Agama, Tempahan Kek Perkahwinan Sejenis Boleh Ditolak – Mahkamah California

SHARE

Los Angeles, Amerika Syarikat: Mahkamah California mengiktiraf hak pengusaha kedai pastri untuk menolak tempahan kek perkahwinan pasangan sejenis, demikian menurut laporan Straits Times.

Dalam penghakiman Isnin lalu, Mahkamah Bakersfield, California telah memutuskan bahawa pengusaha pastri yang dibawa ke mahkamah kerana menolak tempahan majlis perkahwinan sejenis boleh menolak tempahan yang dibuat oleh mana-mana pasangan sejenis.

“Tiada pengusaha pastri yang akan meletakkan produk mereka sebagai tontonan, membuka kedai, akan tetapi berkeras untuk tidak menjualnya atas dasar perkauman, agama, atau jantina.”

“Tetapi “perbezaan” di sini adalah kek yang dipersoalkan dalam kes ini belum lagi dihasilkan.”

Dalam pada itu, Mahkamah berkata tindakan memaksa pengusaha pastri menghasilkan kek yang dia ketahui bakal dihidangkan dalam majlis perkahwinan sejenis, hubungan yang dilarang agama, adalah melanggar hak kebebasan bersuara di Amerika Syarikat.

Penguasa pastri, Cathy Miller berkata dia “sangat gembira” apabila menerima berita itu.

Walau bagaimanapun, pasangan gay Eileen dan Mireya Rodriguez menafikan bahawa mereka mahu membuat tempahan kek yang khusus. Sebaliknya, mereka mendakwa bahawa mereka hanya datang ke kedai itu untuk merasai kek tersebut dan akan menempah bentuk kek yang sedia ada tanpa hiasan yang khusus.

“Tetapi apabila mereka kembali semula ke kedai tersebut, Miller mengarahkan mereka membuat tempahan di kedai lain iaitu di Gimme Some Sugar, kerana dia menolak perkahwinan pasangan sejenis atas alasan agama.”

Sehubungan itu, Mahkamah Tertinggi AS dijangka akan membuat keputusan pada akhir tahun ini yang turut melibatkan satu kes yang sama di mana pengusaha kedai kek Kristian yang mematuhi perintah agamanya, menolak tempahan kek perkahwinan pasangan gay di Colorado, Amerika Syarikat.

Sejak Mahkamah Tinggi AS membenarkan perkahwinan sejenis dua tahun lalu, golongan LGBT sangat mementingkan isu-isu yang melibatkan kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan menyokong undang-undang anti-diskriminasi.

Comments