Home Video Pilihan Definisi Liberal yang disalahertikan

Definisi Liberal yang disalahertikan

SHARE

Apabila menyebut perihal ‘liberal’, bagi umat Islam itu sendiri ianya adalah satu perkara yang biasa dan bukanlah bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, ada dikalangan umat Islam tidak ambil peduli mengenai fahaman liberal ini.

Liberal bukanlah kebebasan seperti yang diterjemahkan oleh sesetengah orang. Liberalisme sebenarnya adalah satu idea atau pemikiran yang ingin membebaskan manusia dari sebarang bentuk diktator dan penindasan.

Namun begitu, adakah benar liberal itu sebagai satu bentuk kebebasan?

Naib Presiden 1 Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menyampaikan ceramahnya dalam Wacana Kefahaman Islam: Gerakan Liberal & Ancaman Kepada Negara yang telah berlangsung pada 9 & 10 Mei 2014, bertempat di Masjid Al-Mahabbah & Surau Al-Istiqamah, Johor Bahru.

Comments