Home Tempatan DBP libatkan orang muda cari idea baharu

DBP libatkan orang muda cari idea baharu

SHARE
CHE Zainab Omar (lima dari kanan) bersama sebahagian anak muda di program Sesi Sumbang Saran di pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu hari ini.-UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 9 Feb. – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur buat julung kali membuka pintu kepada golongan muda terlibat dalam satu sesi sumbang saran.

Lebih 30 anak muda mewakili pelbagai persatuan dan institusi hadir di pejabat DBP Wilayah Timur dalam sesi yang dipengerusikan sendiri Pengarahnya, Che Zainab Omar di sini hari ini.

Che Zainab berkata, sesi sumbang saran itu bermatlamat mendapatkan pandangan dan idea golongan muda dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dan sastera di negeri ini.

“Tujuan kita adalah untuk mencari idea baharu yang dikemukakan sendiri anak muda khususnya untuk digunakan dalam kempen Bulan Bahasa Kebangsaan.

“Bahasa dan sastera kini sedikit tercabar, kita perlu melihat kembali program yang kita rancang dan buat adakah ia menepati minat anak muda yang merupakan pelapis yang akan menyemarakkan perasaan cintakan bahasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments