Home Tempatan DBKL tetap larang pesta arak

DBKL tetap larang pesta arak

SHARE

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas melarang pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ walaupun pihak penganjur menjamin aspek keselamtannya, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata DBKL tetap tidak akan mempertimbang semula penolakan permohonan penganjuran pesta itu sebelum ini kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga akan berlaku penjualan arak di tempat terbuka.

“Mereka boleh mengadakan pesta itu di hotel, pub atau restoran. Saya tidak kisah. Tempat terbuka tidak akan dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Minggu Perpaduan dan My Rukun Negara 2017 Peringkat Kuala Lumpur serta #V4KL@Unity), hari ini.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments