Home Tempatan DBKL benarkan Padang Merbok bagi Perhimpunan RUU 355

DBKL benarkan Padang Merbok bagi Perhimpunan RUU 355

SHARE
MHD. AMIN NORDIN ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan permohonan penganjur Himpunan RUU 355 menggunakan Padang Merbok di sini sebagai lokasi perhimpunan itu pada minggu depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, DBKL tiada masalah berhubung permohonan menggunakan Padang Merbok untuk himpunan tersebut dengan mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

Menurutnya, permohonan yang dibuat pada 20 Januari lalu, dipersetujui memandangkan Taman Tasik Titiwangsa terlibat dengan kerja-kerja naik taraf untuk River of Life pakej dua yang mana sebarang bentuk aktiviti secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan.

Himpunan RUU 355 dijadualkan berlangsung pada 18 Februari ini. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments