Home Tempatan Dasar Pendidikan Maahad Tahfiz Wajib Diikuti – Timbalan Perdana Menteri

Dasar Pendidikan Maahad Tahfiz Wajib Diikuti – Timbalan Perdana Menteri

SHARE

Kuala Lumpur: Kerajaan sudah berulang kali menggesa supaya Dasar Pendidikan Maahad Tahfiz wajib diikuti walaupun bangunan berbentuk sementara atau kekal, demi mengelak tragedi seperti yang telah melanda Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah daripada berulang.

Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa lawatan beliau ke Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur petang semalam. Beliau antara lain menegaskan tentang peri-pentingnya aspek dan ciri-ciri keselamatan dipatuhi.

“Ciri-ciri keselamatan wajib diikuti semua pihak. Walaupun kerajaan tidak berniat untuk campur tangan dalam pentadbiran sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz yang jatuh pada bidang kuasa kerajaan negeri atau mana-mana pihak berkuasa peringkat negeri, namun kerajaan memberikan pandangan supaya dasar pendidikan maahad tahfiz dipatuhi sepenuhnya.”

Timbalan Perdana Menteri juga mengingatkan bahawa walaupun pendidikan agama harus diberikan keutamaan namun aspek-aspek keselamatan hendaklah dijaga.

“Pesan saya kepada ibu bapa, pilihlah pusat tahfiz yang mengambil berat ciri-ciri keselamatan,” kata beliau lagi tanpa mahu menyalahkah mana-mana pihak.

Tragedi yang melanda Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah meragut lebih 20 nyawa.

Comments