Home Tempatan Darul Ittifaqiyah: Kami tak pernah lupakan anda

Darul Ittifaqiyah: Kami tak pernah lupakan anda

SHARE

KUALA LUMPUR – Subuh, 14 September 2017, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur. Keheningan pagi di kawasan tersebut sama seperti tempat lain, sunyi, tiada aktiviti, masing-masing lena dibuai mimpi.

Tidak disangka, keharmonian pagi tersebut digemparkan dengan jeritan, lebih memilukan, ia adalah jeritan kanak-kanak. Lebih meruntun jiwa, jeritan itu datang dari sebuah bangunan yang sedang terbakar.

Ya, mereka menjerit meminta tolong, menjerit meminta diselamatkan namun ternyata ALLAH lebih menyayangi mereka. Pilu hati bila mengetahui 21 pelajar tahfiz berusia enam hingga 16 tahun dan dua warden berusia 20-an maut dalam kebakaran asrama tiga tingkat.

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tempat di mana berlakunya tragedi menyayat hati, tragedi mengorbankan 23 orang, menggemparkan negara, dipenuhi tangisan, tidak diduga dan ‘menggoncang’ hati rakyat Malaysia.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments