Home Tempatan Dari Dulu DAP Parti Sekular — Senator DAP

Dari Dulu DAP Parti Sekular — Senator DAP

SHARE

GEORGE TOWN: DAP dari dulu merupakan sebuah parti sekular dan boleh disertai oleh pemimpin-pemimpin yang kuat anutan mana-mana agama sekalipun, tegas Senator DAP, Dr Ariffin Omar.

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana berang apabila DAP dipertikaikan sebagai mempunyai agenda Kristianisasi memandangkan 70% daripada ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang baru dilantik adalah terdiri daripada kalangan penganut Kristian tegar dengan sebahagiannya dikenali terlibat dalam aktiviti penyebaran dakyah Kristian.

Pengasas bersama Aliran itu berkata, “DAP dari dulu parti sekular berlandaskan Perlembagaan, tak kira mana-mana individu pemimpin yang kuat agama atau tak kuat agama; Islam atau bukan-Islam, siapa-siapapun boleh sertai DAP.”

Bulan April lepas, Dr Ariffin Omar pernah menimbulkan kontroversi di Dewan Negara dengan ungkapan ““Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City, kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang” sewaktu membidas Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah yang menyentuh sebuah cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara.

Sebelum ini, pemimpin yang gagal mempertahankan jawatan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dalam pemilihan semula ini juga pernah mendedahkan bahawa beliau telah dituduh sebagai menyebarkan dakyah Kristian kepada para pelajar dan kakitangan di sebuah universiti dan didakwa merancang mahu membuka sebuah gereja dalam kampus semasa berkhidmat sebagai pensyarah di sana.

Comments