Home Antarabangsa Dakwa tertembak wanita Palestin

Dakwa tertembak wanita Palestin

SHARE

BAITULMUQADDIS 7 Jun – Israel memaklumkan bahawa siasatan awal terhadap kes pembunuhan sukarelawan perubatan wanita warga Palestin baru-baru ini mendapati mangsa ditembak secara tidak sengaja oleh tentera Israel.

Tentera Israel dalam kenya­taannya berkata, siasatan awal itu menunjukkan hanya sejumlah kecil peluru dilepaskan dan tiada sebarang sasaran dibuat terhadap mana-mana petugas perubatan termasuk Razan ketika insiden itu berlaku.

“Siasatan akan diteruskan dan hasilnya akan diteliti pegawai ter­tinggi tentera Israel sebelum di­serahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, beberapa pegawai dan saksi sebelum ini men­yatakan bahawa tentera Israel me­nembak mati Razan al-Najar, 21, ketika dia berlari menuju ke arah pagar sempadan di pekan Khan Younis pada Jumaat ming­gu lalu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments