Home Tempatan Dakwa jejas Islam, LPF potong 11 babak ‘I’m Not A Terrorist’ (VIDEO)

Dakwa jejas Islam, LPF potong 11 babak ‘I’m Not A Terrorist’ (VIDEO)

SHARE

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Sebanyak 11 babak dalam filem I’m Not A Terrorist dipotong kerana boleh memberi imej buruk kepada Islam.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) memotong babak yang dianggap “mengejutkan dan sensitif” bagi membolehkan ia ditayangkan di Malaysia, lapor Kosmo!.

Babak filem arahan Arjin Uppal yang dipotong antaranya memburukkan Islam dengan mengaitkan kegiatan pengganas dan penganut Islam meletupkan diri.

“Semua dialog yang memaparkan imej Islam seperti penggunaan ayat al-Quran telah dipotong kerana kita tidak mahu filem ini mengaitkan Islam dengan isu keganasan sehingga menimbulkan kontroversi.

“LPF sedar segala babak yang berkaitan Islam tidak boleh dipaparkan dalam mana-mana filem terutamanya yang bercorak seperti naskhah ini.

“Selepas melalui proses suntingan, kita melihat filem ini cuma mengisahkan tentang kegiatan gangterisme dan bukannya pengganas,” kata pengerus LPF Datuk Abdul Halim Abdu Hamid.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

The Malay Mail Online

Comments