Home Tempatan Daesh: Wanita dipenjara lapan tahun

Daesh: Wanita dipenjara lapan tahun

SHARE

KUALA LUMPUR, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu — Seorang wanita dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berniat ke Syria bagi maksud persediaan untuk melakukan perbuatan keganasan, tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Afiqah Farhanah Che Samsudim, 26, dan memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap ada 4 April 2017.

Terdahulu, peguam Mohd Hezri Shaharil, yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya dengan mengambil kira tertuduh benar-benar insaf dan menerima kesalahan itu sebagai balasan dan dia juga telah bertaubat atas perbuatan itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments