Home Antarabangsa Daesh sudah undur dari Aleppo

Daesh sudah undur dari Aleppo

SHARE
Sekadar Gambar Hiasan

BEIRUT: Kumpulan militan Daesh sudah ‘tidak lagi wujud’ di wilayah Aleppo selepas berundur dari beberapa perkampungan yang kini dikepung rejim tentera Syria.

“Daesh sudah menarik diri dari 17 bandar dan kampung. Mereka kini secara efektif berada di luar Aleppo selepas berkuasa selama empat tahun,” kata Ketua Kumpulan Pemantau Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman.

Ketika ini tentera kerajaan mara ke bahagian tenggara Aleppo dan juga Raqqa.

Sumber ketenteraan Syria mengesahkan pengunduran itu.

“Operasi tentera sedang dijalankan dan Daesh sudah berundur daripada kawasan ini serta ke arah wilayah pedalaman di Hama dan Raqqa.

“Tentera Syria sudah membersihkan kawasan itu daripada musuh, ” kata sumber kepada AFP.

Berita Harian

Comments