Home Tempatan Cynthia Gabriel (C4) Tak Kisah Digelar Ejen CIA

Cynthia Gabriel (C4) Tak Kisah Digelar Ejen CIA

SHARE

Petaling Jaya: Pengarah Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel merupakan penerima Anugerah Demokrasi 2017 tajaan National Endowment for Democracy (NED) yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Baru-baru ini Cynthia mendakwa bahawa beliau sudah bersedia untuk dituduh sebagai ejen CIA atau ejen negara asing.

“Saya sudah bersedia untuk perkara sedemikian. Saya mengambil inspirasi daripada warga Amerika Syarikat, di mana sejak kebelakangan ini, masyarakat sivil Amerika telah menunjukkan betapa pentingnya untuk memelihara kebebasan institusi-institusi kita,” beliau dipetik sebagai berkata sedemikian semasa menerima anugerah tersebut dalam sebuah majlis di Washington DC pada 7 Jun 2017 lalu.

“Memastikan demokrasi terus subur adalah dengan menganjurkan kedaulatan undang-undang dan melawan rasuah adalah mengenai melawan kekebalan terhadap undang-undang,” tambah beliau.

Cynthia turut menggambarkan situasi di Malaysia sebagai tidak selamat bagi masyarakat sivil dan anugerah yang diberikan NED kepadanya merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan ke atas usaha-usaha C4 selama ini kerana pembocor maklumat di serata dunia seperti C4 akan dihukum dan diserang. Sungguhpun belum ada apa-apa usaha untuk menyerang atau mendakwa Cynthia atas apa-apa kesalahan buat masa ini.

Anugerah Demokrasi 2017 ini telah diberi kepada Cynthia oleh Peter Roskam yang merupakan ahli lembaga NED yang juga merupakan ahli kongres Illinois.

Ahli Lembaga NED Amerika itu turut memuji kerja-kerja yang dijalankan Cynthia di Malaysia. Cynthia yang mewakili Malaysia merupakan salah seorang daripada lima penerima anugerah di mana empat lagi adalah daripada Afghanistan, Angola, Guatemala dan Ukraine.

Menurut laman sesawang NED, C4 telah menerima geran berjumlah USD 50,000 daripada NED pada tahun 2016.

Comments