Home Antarabangsa Contoh Negara Sekular Terbaik, Rakyat Masih Berak di Khalayak Ramai

Contoh Negara Sekular Terbaik, Rakyat Masih Berak di Khalayak Ramai

SHARE

Mumbai, India: India sering digunakan sebagai contoh negara sekular yang baik dan piawai bagi sistem perundangan yang adil. Namun demikian, sekularisme yang diamalkan India telah gagal memberi kemudahan asas kepada rakyatnya.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Guardian, lebih kurang 560 juta rakyat negara itu masih menunaikan hajat mereka di kawasan terbuka.

Menurut satu rencana terbitan VPRO Metropolis, landasan keretapi, tepian pantai dan pelbagai lokasi lain menjadi pilihan rakyat negara itu. Perkara ini menjadi serius akibat kekurangan tandas awam mahupun tandas yang dibina dalam rumah. Di satu kawasan perumahan yang menempatkan lebih kurang 25,000 penduduk, hanya terdapat 4 buah tandas untuk kesemua penduduk itu memenuhi ‘hajat’ mereka.

Masalah ini disebabkan antara lain kerana secara tradisi, rakyat India membuang air di kawasan lapang. Perbuatan ini sedang mengakibatkan masalah kesihatan dan ekonomi yang serius kepada negara itu.

Selain daripada mengeluarkan bau yang sangat busuk hasil usaha lebih separuh penduduk negara itu, perbuatan ini boleh menyebarkan pelbagai jenis penyakit yang merbahaya seperti taun dan lain-lain penyakit yang terkandung dalam najis manusia.

Mengikut satu kajian, hampir 200,000 kanak-kanak meninggal dunia di India setiap tahun akibat pendedahan kepada najis manusia.

Kerajaan India bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang giat berkempen untuk menghalang rakyatnya daripada menconteng najis di bumi itu. Wawasan negara itu adalah untuk menghapuskan sama sekali perbuatan membuang air secara terbuka menjelang ulangtahun ke 150 kelahiran Mahatma Gandhi, iaitu pada 2 Oktober 2019.

Comments