Home Tempatan Coklat Eyeglass With Candy Adalah Halal

Coklat Eyeglass With Candy Adalah Halal

SHARE

KUALA LUMPUR: Status coklat Eyeglass With Candy adalah halal. Hal ini telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dakwaan bahawa coklat Eyeglass With Candy mengandungi bahan ramuan dari sumber haram sebagaimana yang disebarkan oleh pengguna di media sosial ini adalah tidak benar.

Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera “free from pig’s products and its Derivatives”.

Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

Pihak JAKIM juga mengingatkan orang ramai agar menyemak dan merujuk pihak berwibawa terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu berita.

Orang ramai juga digesa untuk menyemak status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia di laman direktori halal di  atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang ditular boleh juga ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Comments