Home Antarabangsa CNN Ambil Berita Fake News Raya Cina Tahun Anjing

CNN Ambil Berita Fake News Raya Cina Tahun Anjing

SHARE

Kuala Lumpur: Rangkaian berita antarabangsa, Cable News Network (CNN) menggunakan berita palsu sebagai asas untuk laporan mereka berkenaan Islamisasi di negara ini.

Menurut portal tersebut, gelombang Islamisasi di negara ini telah membangkitkan kemarahan penduduk berbangsa Cina yang menetap di sini.

Ini kerana, perayaan Tahun Baru Cina seolah-olah tunduk pada budaya Melayu yang tidak mesra anjing dan khinzir.

Dalam pada itu laporan tersebut juga menyatakan bahawa, perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini, yang merupakan tahun anjing telah diganggu oleh gelombang Islamisasi apabila pusat-pusat membeli belah terkenal seperti Pavillion dan Sunway Pyramid enggan meletakkan perhiasan berbentuk anjing di premis mereka.

Laporan tersebut juga mendakwa bahawa, rangkaian makanan segera seperti A&W dan Auntie Anne’s juga pernah dipaksa oleh kerajaan untuk menukar nama-nama hidangan yang mempunyai kaitan dengan anjing seperti ‘Pretzel Dog’ dan “Coney Dog’.

Hakikatnya Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha dalam kenyataan beliau telah menjelaskan bahawa umat Islam perlu menghormati penggunaan simbol-simbol yang digunakan oleh penganut-penganut kepercayaan lain atas dasar wasatiyyah yang diamalkan di negara ini.

Malah pemilik pasar raya yang ditemuramah sebelum ini juga mengakui bahawa mahu menghormati pelanggan mereka yang majmuk dan bukan hanya terdiri daripada orang Cina sahaja. Usaha untuk menarik lebih banyak pelanggan ini adalah selari dengan tindakan rangkaian pusat membeli belah terkemuka yang tidak lagi bergantung kepada pendapatan daripada pengunjung berbangsa Cina semata-mata.

Menurut laporan The Malaysian Insight (TMI) pula, banyak syarikat-syarikat milik orang Cina tidak mengadakan ‘jamuan besar’ atas dasar ekonomi.

“Kami potong meja (bilangan pengguna setiap meja) separuh,” kata seorang peniaga restoran makanan Cina kepada TMI.

Kyna Tan dari Restoran Green View Seafood menjelaskan bahawa perolehan pada bulan Januari tahun ini adalah separuh daripada pendapatan pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Banyak restoran akan tutup pada hari sebelum dan hari pertama Tahun Baru Cina, jadi restoran seperti kami yang masih buka akan terima banyak tempahan.

“Walaupun tempahan penuh, kami masih menjangkakan yang pelanggan akan pesan juadah yang lebih murah dan lebih sedikit,” kata Tan.

Comments