Home Tempatan Cemuhan tidak halang remaja autisme hafal Quran 30 juzuk

Cemuhan tidak halang remaja autisme hafal Quran 30 juzuk

SHARE
Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Shukry Mohd Salleh (kanan) beramah mesra dengan penerima Anugerah Ikon Autisme Ahmad Zahiruddin Zailani, 22, pada Majlis Anugerah Dari Hati Ke Hati Bank Rakyat 2018 di Menara Berkembar Bank Rakyat, ― Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 April ― Cemuhan masyarakat sekeliling tidak mematahkan semangat remaja autisme untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran hanya dalam masa dua tahun setengah.

Ahmad Zahirudin Zailani, 22, penuntut Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan Quran dengan Multimedia berkata beliau menghafaz atas kehendak sendiri dan tekad tekad mahu menyempurnakan hafazan hingga tamat.

“Memang ada cemuhan dan ejekan dengan kata-kata penghinaan tapi itu bukan penghalang,” katanya ketika ditemui selepas dinobatkan sebagai Ikon Autisme Terbaik pada majlis Anugerah Dari Hati ke Hati anjuran Bank Rakyat, di sini semalam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

The Malay Mail Online

Comments