Home Tempatan Cabaran dan kekuatan umat Islam

Cabaran dan kekuatan umat Islam

SHARE
KELUARGA yang teguh dengan pegangan Islam akan membentuk masyarakat bertamadun. Sebaliknya, keluarga yang goyah bakal mengundang pelbagai masalah termasuklah ancaman ateisme akibat iman yang lemah. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

MERENUNG kepada masa depan umat Islam, apakah faktor yang menjadi cabaran dan kekuatan terhadap umat Islam?

Satu hasil kajian menjangkakan berlaku perubahan ketara terhadap mereka yang memilih gaya hidup tanpa agama atau berfahaman ateis. Kajian menunjukkan terdapat lebih ramai yang akan me­milih untuk menjadi ateis berbanding yang memilih untuk beragama. Ini membawa kepada sejumlah 61.4 juta pertambahan golongan ateis di dunia menjelang 2050.

Kewujudan golongan ateis ini menjadi cabaran kepada golo­ngan beragama. Bagi umat Islam, perkara ini amat membimbangkan terutama terhadap golongan muda yang berfahaman sekular serta leka dihanyutkan oleh kebebasan hidup dalam arus kemodenan kota masa kini.

Apakah umat Islam akan terus bertahan pada masa hadapan? Angka kajian menjangkakan agama Kristian akan kekal sebagai agama yang tertinggi di dunia dengan jumlah sebanyak 31.4 peratus, manakala penganut agama Islam akan terus meningkat sehingga mencecah 29.7 peratus daripada 9.3 bilion populasi dunia pada tahun 2050.

Sekiranya trend peningkatan ini berterusan, populasi umat Islam dijangka mengatasi penganut agama Kristian pada tahun 2070. Apakah yang menyebabkan trend peningkatan umat Islam ini berlaku di peringkat global? Terdapat tiga faktor utama menyumbang kepada jangkaan peningkatan penganut agama Islam ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments