Home Tempatan Cabar Kesucian Islam, MAIDAM Dan JHEAT Perlu Ambil Tindakan – Sultan Terengganu

Cabar Kesucian Islam, MAIDAM Dan JHEAT Perlu Ambil Tindakan – Sultan Terengganu

SHARE

Kuala Terengganu, Terengganu: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) agar mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang mencabar kesucian dan mempertikaikan kedudukan Islam di dalam perlembagaan negara ini.

Menurut baginda sultan seperti yang dilaporkan oleh portal Isma, tindakan pihak-pihak tersebut boleh menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat Islam.

“Perkara sedemikian boleh menimbulkan kecelaruan dalam kalangan umat Islam selain menjejaskan keharmonian masyarakat yang menganut pelbagai agama di negara ini.”

“Justeru, beta menyeru dan menggesa MAIDAM serta JHEAT mengambil tindakan dalam menangani perkara seperti ini kerana jika dibiarkan akan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang agama di negara ini.”

Comments