Home Antarabangsa Bunuh Ratusan Ribu Nyawa Tidak Berdosa, OK-Perdana Menteri Britain

Bunuh Ratusan Ribu Nyawa Tidak Berdosa, OK-Perdana Menteri Britain

SHARE

Putrajaya: Theresa May, Perdana Menteri Britain tidak akan teragak-agak untuk menghantar bom nuklear yang bakal membunuh ratusan ribu nyawa manusia sekiranya beliau rasakan ianya perlu.

Kata-katanya dibuat di Parlimen ketika debat program tenaga nuklear Trident berlangsung pada tahun lepas namun menjadi tular baru-baru ini di media sosial.

Ketika itu, Theresa May dicabar oleh George Kerevan yang bertanya sama ada beliau bersedia untuk menggunakan senjata nuklear yang mampu membunuh ratusan ribu lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Perdana Menteri bekas negara kolonialis itu menjawab dengan penuh yakin dan tuntas, “Ya”, seperti yang dilaporkan oleh beberapa laman berita atas talian lain.

Comments