Home Antarabangsa Bumi Palestin berdarah lagi

Bumi Palestin berdarah lagi

PBB, EU gesa siasatan antarabangsa ke atas insiden terburuk sejak 2014

SHARE
PENUNJUK perasaan memegang sepanduk berbunyi Israel pembunuh, tinggalkan Palestin ketika mengadakan bantahan di hadapan bangunan konsulat Israel di Istanbul, Turki, baru-baru ini. AFP

Bumi Palestin sekali lagi menjadi saksi insiden ber­darah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang pen­duduknya manakala kira-kira 2,460 lagi cedera dalam pertempuran dengan rejim Zionis di sepanjang sempadan Gaza-Israel sejak dua minggu lalu.

Dalam insiden pada 30 Mac lalu, rejim Zionis menembak mati penduduk Palestin ketika tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pergerakan Hamas bagi menuntut hak kepulangan ratusan ribu penduduk Palestin yang dipaksa melarikan diri dan meninggalkan kediaman mereka sewaktu pencerobohan Israel.

Seramai 30,000 penduduk Palestin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan berke­naan dan mereka turut mengutuk sekatan udara, laut dan darat yang dikenakan oleh Israel serta Mesir terhadap Gaza sejak 2007. Sekatan itu, bersama-sama pe­ngurusan yang kurang cekap oleh Hamas, telah mengubah Gaza menjadi ‘penjara terbuka’.

Untuk berita penuh dila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments