Home Antarabangsa Buku propaganda Daesh kini sasar kanak-kanak

Buku propaganda Daesh kini sasar kanak-kanak

SHARE
Pegawai polis anti-pengganas Indonesia terus berjaga semasa sidang akhbar mengenai bahan dan bukti yang disita dari serangan baru-baru ini, di ibu pejabat polis di Jakarta pada 22 Jun 2017. - Foto AFP

JAKARTA: Polis Indonesia menemui ratusan buku mengandungi propaganda militan Daesh menyasarkan kanak-kanak di rumah suspek yang ditahan selepas didakwa terbabit dalam insiden menikam mati seorang pegawai polis.

Seorang lagi militan disyaki ditembak mati oleh polis dalam serangan ke atas balai polis di Medan, ibu negara wilayah Sumatera Utara, semalam.

Isteri kepada lelaki yang ditahan itu memberitahu polis suaminya berada di Syria enam bulan pada 2013.

Jurucakap polis, Rina Sari Ginting, berkata kes itu masih dalam penyiasatan.

Katanya, polis percaya lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada anggota Jemaah Ansharut Daulah (JAD), satu pertubuhan yang berada dalam senarai pengganas Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyokong Daesh dan ratusan pengikut di Indonesia.

“Kita dapat melihat corak serangan mereka yang dipercayai milik rangkaian JAD,” kata Ginting.

Sudah ada rasa bimbang mengenai peningkatan angka militan di Indonesia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Reuters

Berita Harian

 

Comments