Home Tempatan Bukit Aman tahan 10 suspek pengganas rancang serang Melaka

Bukit Aman tahan 10 suspek pengganas rancang serang Melaka

SHARE

BANGI, 5 Muharram 1440H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap 10 suspek disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas, termasuk merancang melancarkan serangan di beberapa tempat maksiat di Melaka dan Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua suspek berkenaan ditahan oleh Bahagian Menentang Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi antara 11 Ogos hingga 31 Ogos lalu, di Selangor, Pahang, Johor, Terengganu, Melaka, Kelantan serta Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan semalam, Mohamad Fuzi berkata, tangkapan pertama membabitkan lima suspek dikenali sebagai kumpulan Asoib di Selangor, Pahang, Johor dan Terengganu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments