Home Tempatan Bukan tutup mulut pengkritik, berita palsu ancam negara

Bukan tutup mulut pengkritik, berita palsu ancam negara

SHARE
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan usaha mengekang berita palsu tidak patut dianggap menafikan kebebasan bersuara. — Foto oleh Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR, April 18 — Teknologi komunikasi maklumat yang semakin pesat bukan sahaja memudahkan  perkongsian maklumat tetapi turut menyebarkan  berita tidak benar dalam dimensi siber hingga boleh membawa ancaman dan bahaya besar kepada negara, kata timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap merasmikan penutupan Forum Putrajaya 2018 semalam, beliau berkata langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan dalam mengekang ancaman itu tidak sepatutnya dilihat sebagai menafikan kebebasan untuk menggunakan internet dan platform media sosial.

“Malaysia melihat  terlalu banyak  berita tidak benar disebarkan dari depan ke belakang, dari selatan ke utara, timur ke barat, dan sudah semestinya ini bukan cara terbaik untuk maju.

Untuk berita penuh sila klik di sini

The Malay Mail Online

Comments