Home Tempatan Bukan Saya Orang Dalam Video Seks Itu – Lee Chong Wei

Bukan Saya Orang Dalam Video Seks Itu – Lee Chong Wei

SHARE

Kuala Lumpur: Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei telah membuat laporan polis berhubung video seks yang tular dan mengaitkan dirinya dengan seorang wanita tidak dikenali.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau tiba di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Aman pada jam 3 petang semalam dan beredar tiga jam kemudian selepas memberi kenyataan awal.

Beliau menegaskan bahawa dia bukan lelaki dalam video seks tersebut dan tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak suka dengan kejayaannya serta cuba mensabotaj filem biopiknya, bertajuk “Lee Chong Wei: Rise of the Legend” yang bakal ditayangkan pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Siber/Multimedia) JSJK Bukit Aman, SAC Ahmad Noordin Ismail mengesahkan Chong Wei telah membuat laporan dan meminta polis menyiasat perkara itu.

Comments