Home Tempatan Bukan Islam Tidak Sokong Pindaan RUU355, Jahil!

Bukan Islam Tidak Sokong Pindaan RUU355, Jahil!

SHARE

PULAU PINANG: Bukan Islam yang tidak menyokong Pindaan RUU 355 dilabel jahil oleh salah seorang hadirin bukan Islam pada forum ‘Hudud or No Hudud’ yang dianjurkan oleh Dr Ronnie Ooi di Dewan YMCA baru-baru ini.

Heng Su Heng daripada Sg. Bakap berfikiran bahawa golongan bukan Islam yang tidak mahu atau membantah Pindaan RUU 355 adalah kerana kejahilan mereka sendiri. Orang bukan Islam bukanlah mempunyai niat jahat atau apa-apa terhadap Orang Islam, mereka rata-rata jahil.

“Saya sokong undang-undang Syariah Islam. Saya sokong dengan kefahaman. Orang Cina dan Orang India bukan tak mahu lihat orang Melayu maju, tetapi mereka sebenarnya takut dengan Islam, sebab mereka jahil”

Forum yang rata-rata dihadiri oleh golongan bukan Islam tersebut berlangsung dengan harmoni sambil hadirin melontarkan kemusykilan mereka tentang perundangan Syariah dalam keadaan santai.

Tidak kurang juga hadirin yang menyokong Pindaan RUU 355 sebagai hak asasi warganegara Muslim di Malaysia dan selagi ianya tidak membabitkan orang bukan Islam.

Forum tersebut turut dihadiri oleh panelis YB Dato Dr Fadzil Hassan, Exco kerajaaan negeri Kelantan dan peguam Ahmad Jailani, Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan.

Comments