Home Tempatan Budaya, gaya hidup LGBT bertentangan undang-undang negara

Budaya, gaya hidup LGBT bertentangan undang-undang negara

SHARE

Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak dibenarkan mengamalkan gaya hidup itu di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata perkara ini tertakluk mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah pada peringkat negeri berkenaan perlakuan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti perempuan.

“Hak komuniti LGBT mengamalkan gaya hidup mereka masih tertakluk dengan undang-undang (yang) tidak membenarkan(nya) di Malaysia,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang ingin tahu tindakan kerajaan terhadap penularan budaya songsang itu yang semakin membimbangkan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments