Home Tempatan Buang Ribuan Pegawai Islam Di Bulan Ramadhan, Suatu Penganiayaan – Tan Sri...

Buang Ribuan Pegawai Islam Di Bulan Ramadhan, Suatu Penganiayaan – Tan Sri Annuar Musa

SHARE

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memohon kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mempertimbangkan tindakan menamatkan perkhidmatan pegawai agama Islam dengan alasan melakukan penyelarasan perkhidmatan awam dan penjimatan kewangan kerajaan.

Ujar Tan Sri Annuar Musa seperti dalam Utusan Online, “Merujuk notis penamatan khidmat bertarikh 14 Mei yang berkuat kuasa pada 15 Mei 2018 saya difahamkan perintah yang sama turut melibatkan lebih 30,000 pegawai Islam.”


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Oleh yang demikian, beliau berharap agar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak melakukan penganiayaan ini dan mempertimbangkan nasib lebih 30,000 pegawai agama Islam di negara ini.

“Apa juga alasannya, saya dengan ini merayu bagi pihak pegawai agama Islam dan lain-lain yang terlibat supaya penamatan ini dibatalkan.”

“Sebagai sebuah negara di mana Islam adalah agama Persekutuan dan kedudukan Islam dijamin dalam Perlembagaan negara, pemecatan ini termasuk cara dan masanya menghina agama Islam itu sendiri,” tegas beliau.

Comments