Home Antarabangsa Britain lancar projek #VisitMyMosque

Britain lancar projek #VisitMyMosque

SHARE
Kempen tersebut bertujuan untuk menjawab segala persoalan, sekali gus menangani salah faham tentang masyarakat Islam.

BIRMINGHAM – ENGLAND. Ratusan masjid di seluruh Britain membuka pintu kepada rakyat tempatan sebagai sebahagian inisiatif menangani salah faham tentang masyarakat Islam.

Lebih 150 masjid menyertai projek #VisitMyMosque yang turut menarik perhatian ramai pengunjung, kelmarin.

Kempen anjuran Majlis Islam Britain (MCB) bertujuan untuk menjawab segala persoalan semua pengunjung tanpa mengira agama dan bangsa.

“Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan antara orang Islam dan masyarakat setempat. Kami mahu mewujudkan dialog dan bukan perdebatan. Matlamat anda adalah untuk menang apabila berdebat, namun jika berdialog, kita boleh berkongsi kepercayaan agama masing-masing,” kata jurucakap MCB, Adrees Sharif.

Difahamkan, jumlah masjid yang menyertai projek itu juga meningkat hampir dua kali ganda berbanding 82 pada tahun lalu.

Kempen #VisitMyMosque itu dilancarkan susulan peningkatan serangan jenayah kebencian ke atas orang Islam selepas referendum Brexit pada Jun lalu. – al-Jazeera

Sinar Online

Comments