Home Antarabangsa Britain Janji Tamatkan “Praktik Zalim” Terapi Ubati Gay

Britain Janji Tamatkan “Praktik Zalim” Terapi Ubati Gay

SHARE

London: Kerajaan Britain berjanji akan menamatkan “praktik zalim” terapi mengubati golongan gay susulan rancangan bagi menaik taraf kehidupan golongan LGBT di negara itu.

Menurut sebuah portal tempatan, Perdana Menteri Britain, Theresa May menyatakan bahawa 75 Perkara yang dirancang adalah bertujuan untuk menangani “ketidakadilan” yang dihadapi oleh golongan LGBT itu selain bagi memastikan perubahan (positif) untuk golongan tersebut berpanjangan.

Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan, kerajaan tersebut akan melantik seorang penasihat kesihatan LGBT kebangsaan dan mengetepikan 4.5 juta pounds bagi menyokong beberapa inisiatif, termasuklah program untuk menangani pembulian homofobik di sekolah-sekolah.

Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi meningkatkan tindakan terhadap insiden kebencian LGBT.

Sebulan yang lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan mereka mahu pengharaman global terhadap terapi bagi mengubati golongan gay yang bersandarkan kepada idea bahawa homoseksualiti adalah satu penyakit gangguan mental.

Comments