Home Antarabangsa Brent susut kepada AS$82.43 setong

Brent susut kepada AS$82.43 setong

SHARE

TOKYO: Harga minyak meneruskan kejatuhan besar hari ini selepas pasaran saham global mengalami kerugian, manakala harga minyak dunia juga terjejas susulan laporan industri mingguan menunjukkan inventori Amerika Syarikat (AS) meningkat lebih dari jangkaan.

Kebimbangan berhubung bekalan juga semakin berkurangan susulan Taufan Michael berkemungkinan tidak memberi kerosakan ketara ke atas aset minyak selepas membadai Florida, walaupun ia menyebabkan kecederaan dan kemusnahan besar.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 66 cent atau 0.8 peratus kepada AS$82.43 setong pada 0024 GMT.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments