Home Antarabangsa Brent menokok AS$1

Brent menokok AS$1

SHARE

TOKYO: Minyak mentah Brent menokok lebih AS$1 hari ini berikutan tumpuan beralih kepada penyusutan ketara simpanan minyak Amerika Syarikat (AS).

Brent menokok 96 cent, atau 1.31 peratus, kepada AS$74.36 pada 0102 GMT, selepas menokok sehingga kepada AS$74.46 sebelum itu.

Semalam, kontrak itu susut 6.9 peratus, penyusutan harian terbesar sejak 9 Februari 2016.

Minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI), menambah 21 cent, atau 0.3 peratus, kepada AS$70.59, selepas susut lima peratus dalam sesi sebelumnya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments