Home Tempatan Boo Su Lyn: Malaysia Tidak Akan Maju Sekiranya Melayu-Muslim Diutamakan

Boo Su Lyn: Malaysia Tidak Akan Maju Sekiranya Melayu-Muslim Diutamakan

SHARE

PUTRAJAYA: Penolong Editor Malay Mail Online, Boo Su-Lyn mendakwa dirinya boleh menjadi pemimpin untuk mentadbir negara kerana beliau berasakan boleh melakukan kerja dengan lebih baik berbanding pemimpin Islam sedia ada.

Boo Su-Lyn sebelum ini juga pernah membuat gesaan untuk menghapuskan artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, peruntukan yang menghalang orang bukan Islam daripada menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Ini kerana Boo Su-Lyn mahu umat Islam di Malaysia bebas hidup sebagaimana dirasakan perlu mengikut kehendak mereka.

Dalam ruangan kolumnis portal The Malay Mail Online, beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi berkenaan kenyataan umat Islam perlu menguasai politik Malaysia berdasarkan majoriti penduduk, kerana pada pendapat Boo Su-Lyn kenyataan itu bersifat perkauman.

Menurutnya, walaupun arena politik Malaysia ini telah didominasi oleh kaum Melayu-Islam selama hampir enam dekad selepas merdeka, namun kuota bumiputera masih dikekalkan dan tidak berubah.

Beliau berpendapat, “Jika mereka benar-benar berjaya, kita tidak perlukan kuota kaum pada zaman ini,” katanya.

Kenyataan itu sekaligus mengaitkan kegagalan negara untuk mencapai status negara maju selaras dengan matlamat Wawasan 2020 kerana kerajaan masih mengekalkan kuota kaum yang boleh mewujudkan amalan diskriminasi dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Menurutnya lagi, Malaysia perlu melantik atau memilih pemimpin dalam arena politik, perniagaan atau mana-mana bidang lain berdasarkan merit, bukan berdasarkan bangsa, agama, jantina, atau salah mana-mana bahagian identiti mereka. Katanya, beliau berasa pelik untuk menyatakan perkara ini secara lantang apabila negara-negara maju yang lain mempunyai dasar yang jelas terhadap diskriminasi.

“Jika London boleh mempunyai Datuk Bandar Muslim dan Jakarta mempunyai gabenor Kristian, mengapa Malaysia tidak boleh mempunyai lebih ramai lagi datuk bandar, ketua menteri atau menteri Kabinet bukan Islam?” soal Boo Su-Lyn.

Beliau berkata, negara tidak akan maju sekiranya orang yang layak tidak dibenarkan menjadi pemimpin disebabkan  perbezaan  warna kulit dan kepercayaan agama yang berbeza.

Sebagai contoh, jika kata-kata Dato’ Seri Abdul Hadi adalah benar, penipuan hartanah melibatkan penukaran status tanah rizab Bumiputera kepada bukan Bumiputera di Johor yang melibatkan tuduhan rasuah tidak sepatutnya berlaku dengan kehadiran pimpinan Melayu-Muslim, ujar beliau.

Beliau juga mendakwa Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara yang maju sekiranya kerajaan masih mengekalkan kuota perkauman dan mengamalkan diskriminasi dalam pentadbiran.

Comments