Home Tempatan Bomba anjur seminar di pusat tahfiz

Bomba anjur seminar di pusat tahfiz

SHARE

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor akan mengadakan seminar keselamatan kebakaran membabitkan pengurus, pengetua dan pengawal keselamatan di pusat tahfiz di negeri itu.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, ia langkah proaktif untuk mendidik dan memberi latihan mengenai keselamatan kebakaran di pusat tahfiz.

“Kita merancang mengadakan seminar pada awal atau pertengahan bulan depan, membabitkan sebanyak 285 pusat tahfiz yang sudah diperiksa sebelum ini.

“Jumlah pusat tahfiz berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah 248 manakala 37 lagi tidak berdaftar.

“Bagaimanapun, pemeriksaan tetap dijalankan dan semua pusat tahfiz dialu-alukan menyertai seminar itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai kebakaran pusat tahfiz di Kampung Bukit Lanchong, di sini, malam semalam, Azmi berkata pusat tahfiz berkenaan tidak mempunyai masalah dan belum mempunyai pasukan bomba sukarela.

Katanya, pemeriksaan susulan dan latihan kebakaran akan dibuat secara berperingkat.

Azmi turut menasihatkan supaya pengurus pusat tahfiz mengambil serius isu keselamatan kebakaran kerana ia kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Berita Harian

Comments