Home Tempatan Boikot Hotel Larang Muslimah Berhijab, GERAKAN Selar PPIM

Boikot Hotel Larang Muslimah Berhijab, GERAKAN Selar PPIM

SHARE

Kuala Lumpur: Pengerusi Biro Undang-Undang Pemuda GERAKAN Chai Ko Thing menyelar tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyeru umat Islam supaya memboikot hotel yang menghalang kakitangan wanita Islam daripada memakai tudung kerana bekerja di bahagian khidmat pelanggan atau kaunter depan.

Menurut laporan yang dipetik dari portal tempatan, PPIM digesa supaya membatalkan boikot tersebut dengan dakwaan bahawa ianya akan menjejaskan ekonomi negara.

Berikutan kontroversi larangan bertudung ini, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan turut menyarankan supaya kerajaan juga tidak mengadakan sebarang majlis atau mengguna khidmat hotel-hotel terbabit.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cheah Swee Hee dilaporkan mempertahankan tindakan hotel melarang wanita Islam bertudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebagai sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Isu ini tercetus apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan kakitangan hotel yang mengadu pekerja wanita Islam diarahkan menanggalkan tudung mereka.

Comments