Home Tempatan BNM jangka ekonomi kekal kukuh selepas pilihan raya

BNM jangka ekonomi kekal kukuh selepas pilihan raya

SHARE

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka prospek ekonomi Malaysia kekal kukuh berdasarkan sistem kewangannya yang berdaya tahan dan teguh walaupun dalam tempoh selepas PRU14.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ringgit akan mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dalam jangka masa sederhana dan panjang.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Kekuatan kita boleh dilihat daripada lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, paras hutang luar negeri yang rendah dan penampan modal yang kukuh dalam sistem perbankan. Kami menjangka keadaan kukuh ini akan berterusan.

“Sebagaimana kita dapat lihat, sistem kewangan kita berdaya tahan dan teguh. Dalam beberapa keadaan pada dekad yang lalu, kita dapat menguruskan pasaran yang tidak menentu disebabkan langkah-langkah berterusan yang diambil sejak beberapa tahun untuk membangunkan pasaran kewangan kita,” katanya pada Majlis Graduasi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) 2018 di sini semalam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments