Home Tempatan BIMB Invest lancar Dana BIMB-Arabesque patuh syariah dan ESG

BIMB Invest lancar Dana BIMB-Arabesque patuh syariah dan ESG

SHARE
KETUA Pegawai Eksekutif BIMB Invest, Najmuddin Mohd. Lutfi ketika berucap pada majlis pelancaran BIMB-Arabesque Malaysia ESG Equity Fund di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur hari ini.-UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 10 Mac – BIMB Investment Management Berhad (BIMB Invest) melancarkan BIMB-Arabesque Malaysia ESG Equity Fund, yang merupakan dana patuh syariah dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang pertama di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Invest, Najmuddin Mohd. Lutfi berkata, dana tersebut sesuai untuk pelabur yang mahukan pendedahan kepada saham-saham Malaysia yang patuh syariah dan ESG serta peningkatan modal dalam jangka sederhana hingga panjang.

“Dana ini melabur sehingga 100 saham dengan pelaburan minimum sebanyak RM500 pada harga 25 sen seunit. Ia boleh didapati di kesemua 145 cawangan Bank Islam di seluruh negara dan melalui perunding-perunding pelaburan BIMB Invest mulai 9 Mac 2017,” katanya dalam majlis pelancaran dana tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

utusan online

 

Comments