Home Antarabangsa Bicara kes rogol lapan suspek dipindah

Bicara kes rogol lapan suspek dipindah

SHARE

NEW DELHI: Mahkamah Agung India, hari ini mengarahkan perbicaraan lapan lelaki yang dituduh merogol dan membunuh budak perempuan berusia lapan tahun dipindahkan ke negeri lain selepas keluarga dan peguam mangsa berkata mereka menerima ancaman bunuh.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Mangsa, daripada komuniti nomad Islam yang menetap di kawasan hutan Kashmir yang ditadbir India, diberi dadah, ditahan di kuil Hindu dan diserang secara seksual selama seminggu sebelum dicekik dan dipukul sehingga mati dengan batu Januari lalu.

Kes budak itu menyebabkan gelombang kemarahan seluruh negara tetapi juga mendedahkan perpecahan kaum selepas dua bekas menteri parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata menyertai perhimpunan menyokong lapan tertuduh berkenaan, berkata mereka tidak bersalah.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments