Home Tempatan Bicara Kes Peniaga Sokong Kumpulan Daesh 14 Hingga 16 Feb

Bicara Kes Peniaga Sokong Kumpulan Daesh 14 Hingga 16 Feb

SHARE

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Feb hingga 16 Feb untuk perbicaraan kes seorang peniaga yang menghadapi empat pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan letupan berkaitan kumpulan militan Daesh.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menetapkan tarikh itu selepas kes Mohd Shaifful Shahril Ramli, 28, disebut di hadapannya.

Mohd Shaifful diwakili peguam K.A.Ramu manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor.

Bernama

Comments