Home Tempatan Bicara kes dua remaja bunuh 23 penghuni tahfiz bermula 30 Mei

Bicara kes dua remaja bunuh 23 penghuni tahfiz bermula 30 Mei

Kedua-dua remaja itu masing-masing menghadapi 23 pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan

SHARE

KUALA LUMPUR, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 12 hari bermula 30 Mei untuk perbicaraan kes dua remaja yang didakwa atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah,  dalam kejadian kebakaran yang menyayat hati, September tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 30 Mei hingga  31 Mei,  2 hingga 6 Julai serta 9 hingga 13 Julai  untuk perbicaraan kes itu semasa sebutan kes tersebut.

Terdahulu Hakim Azman menolak bantahan awal pihak pendakwaan supaya firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & Co dikecualikan atau dilarang mewakili kedua-dua tertuduh remaja itu.

Hakim itu berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan, setiap individu mempunyai hak untuk memilih mana-mana peguam bagi mewakili mereka.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments