Home Tempatan Bible ‘My Kitab’ disebar untuk kelirukan umat Islam

Bible ‘My Kitab’ disebar untuk kelirukan umat Islam

SHARE

SEROM, 5 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Penyebaran sebuah buku dipercayai kitab bible semakin berleluasa dan terkini dijumpai di beberapa tempat sekitar Melaka dan Negeri Sembilan.

Buku yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu bertajuk ‘My Kitab’ itu diletakkan di beberapa lokasi awam dipercayai bagi menarik orang ramai untuk membacanya.

Penyelaras Parlimen PAS Bahagian Ledang, Rosman Kemin berkata, sejak Isnin lalu, pihaknya menemui 15 naskah My Kitab yang diedarkan di sekitar bandar Serom.

“Sama seperti kaedah di Melaka dan Negeri Sembilan apabila mereka menyebarkan pada waktu tertentu ketika ketiadaan orang awam dengan meletakkan kitab-kitab ini di kawasan tempat terbuka seperti di pondok bas dan dalam raga motosikal berhampiran perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud Iskandar, Serom.

“Kemudian, pada hari semalam, kami temui lagi empat buah My Kitab di sekitar bandar Tangkak iaitu di Anjung Batu. Kami tak tahu apa tujuan individu ini berbuat demikian, namum pastinya ia mempunyai niat tertentu dalam menyebarkan dakyah,” katanya.

Jelas beliau, penyebaran My Kitab ini sangat bahaya kerana berkaitan dengan pegangan agama dan dikhuatiri boleh disalah tafsirkan oleh masyarakat Islam yang membacanya.

“Kandungannya adalah sama seperti kitab bible yang menceritakan tentang kejadian Nabi Yusuf AS, cuma ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu di mana seolah-olah menunjukkan bahawa kumpulan ini hanya menyasarkan masyarakat Melayu semata-mata.

“Apa yang kita bimbang, golongan muda yang tidak mempunyai pekerjaan serta pelajar sekolah dikhuatiri mudah terpengaruh walaupun pada awalnya hanya berniat untuk membaca secara suka-suka,” katanya.

Pada 19 Julai lalu, sebanyak 38 naskhah ‘My Kitab’ ditemukan orang ramai di sekitar Jasin, Melaka yang dipercayai menggunakan modus operandi sama dalam usaha mengelirukan masyarakat.

Comments