Home Tempatan Biar berbeza tapi tetap berpadu

Biar berbeza tapi tetap berpadu

SHARE

PARLIMEN | Kerajaan sedang menyediakan pelan tindakan untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini.

Berucap di parlimen, baginda bertitah, kerajaan dalam proses melaksanakan Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan yang digubal mengikut perlembagaan dan Rukun Negara.

“Beta berharap pelan tindakan ini kelak dapat menentukan hala tuju (negara) ke arah menyatupadukan lagi rakyat,” titah baginda.

Pada masa sama, titahnya semua pihak tidak wajar cepat berpuas hati dengan usaha memupuk perpaduan yang telah dilaksanakan.

“Tidak salah untuk kita berbeza pendapat namun gunakanlah saluran yang betul, secara berhemah serta tanpa perlu melibatkan pihak luar mencampuri urusan dalaman negara,” titahnya.

Comments