Home Tempatan Berubah mengikut acuan sendiri

Berubah mengikut acuan sendiri

SHARE

BANYAK pihak bercakap tentang perubahan. Ia suatu fitrah. Sama ada perubahan yang terancang mahu pun perubahan yang terjadi kerana resam zaman sedemikian. Terdapat perubahan terjadi akibat faktor dalaman yang sifatnya tradisional. Sering juga terjadi perubahan itu akibat pengaruh luaran yang bentuknya liberal.

Perubahan dalam erti kata yang sebenar bukan perubahan sekadar perubahan. Tetapi perubahan harus dalam acuan tertentu yang memberi manfaat kepada manusia dan men­jadikan perubahan sebagai asas tamadun terbina ber­asaskan faktor sejarah, tradisi, budaya, ilmu dan ke­trampilan yang mendukung kualiti manusiawi.

Sejak lama dulu pihak kita melalui proses perubahan ikut cara orang lain. Lalu apa saja yang datang kita jadikan contoh dan sumber ikutan supaya dikatakan berada dalam arus kemajuan. Banyak manfaat berbanding yang terdapat di Barat dan Timur terutama dalam bidang sains dan tek­nologi tetapi as­pek budaya, nilai so­sial, pola kehidupan me­­mer­lukan saringan su­pa­ya kita tidak terjebak dengan pengaruh yang menghasilkan hal-hal ne­gatif terhadap akidah dan cara hidup kita.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments