Home Tempatan Bersedia hadapi cuaca panas terik: KKM

Bersedia hadapi cuaca panas terik: KKM

SHARE

BANGI, 3 Safar 1439H, Isnin – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca panas yang berterusan sejak minggu lalu.

Cuaca panas terik dilaporkan melanda ibu negara dan Semenanjung dijangka sehingga minggu ini susulan tempias Taufan Lan yang menggegarkan timur Filipina pada Selasa lalu.

Keadaan ini dijangka berterusan selama beberapa hari sebelum cuaca musim peralihan monsun kembali semula.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan pengambilan air mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi dan strok haba berlaku.

“Orang awam juga dinasihatkan agar berjaga-jaga dengan tanda-tanda strok haba seperti sakit kepala, lidah bengkak, tidak berpeluh, lesu, hilang fokus dan pengsan, sekiranya cuaca panas berterusan.

“Sekiranya keadaan ini berlaku, orang awam hendaklah segera mendapatkan rawatan.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments