Home Tempatan Bersatu Padu Dalam Mendaulatkan Islam, Allah Beri Perlindungan Di Padang Mahsyar –...

Bersatu Padu Dalam Mendaulatkan Islam, Allah Beri Perlindungan Di Padang Mahsyar – Mufti Pahang

SHARE

Kuantan: “Kalau kita bersatu dan berkasih sayang kerana agama ini, in shaa Allah di Padang Mahsyar nanti, Allah bagi perlindungan kepada kita,” demikian peringatan Sohibus Samahah Mufti Pahang Dato’ Sri Dr Haji Abd Rahman bin Haji Othman.

Beliau berkata sedemikian ketika memberi tazkirah dalam siri Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 bertempat di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Kuantan baru-baru ini.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Penyatuan ini kalau kita bersatu dalam perkara ini, itulah yang akan kita dengar dalam Padang Mahsyar di akhirat nanti. Iaitu sebagaimana dalam hadith Riwayat Muslim, ‘Mana dia orang yang bersatu, yang berjanji bersatu untuk mempertahankan agama ini, yang mana aku akan melindunginya pada hari yang mana tiada satu perlindungan di akhirat nanti melainkan perlindungan Allah,” tambahnya lagi.

Sebelum itu, SS Dato’ Sri Mufti menceritakan dalam pilihan raya sebelum PRU Ke-14, hubungan antara parti PAS dan UMNO jauh, namun sekarang kedua-dua parti tersebut dapat duduk bersama. Ini menurut beliau, menunjukkan suatu kesatuan dan perpaduan antara orang Melayu di Malaysia.

Beliau berkata, “Kewajipan kita untuk bersatu bagi menegakkan kedaulatan Islam ini. Jelas kalau kita lihat dalam al-Qur’an, Allah berfirman yang maksudnya, matlamatnya iaitu apa yang nak kita sampaikan di sini ialah sebagaimana ayat tadi iaitu, ‘Taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantah. Kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan kamu. Dan sabarlah menghadapi kesukaran dengan cekalnya. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar’.”

SS Dato’ Sri Mufti turut meminta supaya umat Islam tunjukkan kekuatan dan perpaduan apabila tiba hari mengundi pada 9 Mei nanti dengan mengundi dan tidak memberi kuasa kepada pihak yang cuba melenyapkan agama Islam di negara ini seperti parti DAP dan pihak yang menyokong parti tersebut.

Comments