Home Antarabangsa Berpakaian Wanita, Dua Lelaki Singapura Di Tahan Di UAE

Berpakaian Wanita, Dua Lelaki Singapura Di Tahan Di UAE

SHARE

ABU DHABI: Harapan dua orang mak nyah warga negara Singapura yang ditahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi semakin cerah setelah gerakan penyokong mereka berjaya mengumpul sejumlah dana bagi membiayai kos guaman mereka.

Kedua-dua mak nyah tersebut, Muhammad Fadli Abdul Rahman dan Nur Qistina Fitriah Ibrahim telah ditahan di sebuah medan selera atas tuduhan memakai pakaian wanita di khalayak ramai dan kerana bersikap tidak sopan.

Perilaku songsang seperti seks sumbang sejenis dan mengenakan pakaian jantina lawan di khalayak adalah menjadi kesalahan jenayah di negara tersebut.

Dalam temubual dengan The Straits Times, adik perempuan Nur Qistina Fitriah Ibrahim menyuarakan kebimbangan beliau kerana meskipun abangnya telah pun menukarkan namanya secara rasmi namun beliau masih belum lagi menjalani pembedahan penukaran jantina.

Beliau berkata, “Fifi (Nur Qistina Fitriah Ibrahim) masih belum menjalani pembedahan penukaran jantina, oleh itu beliau masih lagi dikira sebagai berjantina lelaki menurut dokumen-dokumen peribadinya. Kami sungguh risau mengenai beliau.”

Gerakan penyokong kedua-dua mak nyah tersebut berjaya mengumpul jumlah sasaran mereka iaitu sebanyak RM 79 ribu dalam masa beberapa jam sahaja dengan bantuan hebahan oleh gerakan-gerakan pro LGBT Singapura termasuklah Free Community Church, sebuah gereja yang aktif mempromosikan amalan LGBT sebagai tidak bertentangan dengan agama Kristian. Sebuah page facebook Free Fad & Fifi diwujudkan bagi memenuhi semua bentuk sokongan yang diperlukan kedua-dua warga Singapura yang ditahan ini.

PELANGI Campaign (Campaign for Equality and Human Rights Initiative), sebuah gerakan pro LGBT tempatan yang diasaskan oleh Saudara Numan Afifi, mantan Setiausaha Organisasi Pemuda Sosialis Parti DAP Subang turut memberi sokongan hebahan untuk pengumpulan dana tersebut.

Comments