Home Tempatan Bermulanya Pra-Perang Islam Dan Rejim Zionis – Sahabat YADIM

Bermulanya Pra-Perang Islam Dan Rejim Zionis – Sahabat YADIM

SHARE

Putrajaya: Pertubuhan Sahabat YADIM menyifatkan pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menjadikan Baitulmuqaddis ibu negara Israel sebagai bermulanya pra-perang antara Islam dan rejim Zionis dalam membebaskan kota suci ketiga itu.

Presiden Kebangsaan Sahabat YADIM, Muhammad Danial Muhammad Anuar berkata kenyataan Trump terlalu biadab kerana berani mengeluarkan pengisytiharan tersebut walaupun sudah menerima amaran keras daripada pemimpin-pemimpin dunia terutamanya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

“Status Baitulmuqaddis atau Jerusalem tidak boleh ditentukan sesuka hati terutama apabila melibatkan mereka yang Yahudi sahaja kerana sudah sedia maklum dari dahulu lagi mereka cuba untuk berkuasa demi melaksanakan agenda besar mereka sehingga melaksanakan ‘penyingkiran’ secara perlahan ke atas umat Islam, seperti melarang untuk beribadah di sana,” katanya.

Tambahnya lagi, Israel kini telah mengawal 86 peratus Baitulmuqaddis Timur dengan membuka penempatan haram yang diduduki oleh 200,000 penduduk Yahudi di atas tanah yang diiktiraf dunia sebagai milik Palestin.

Justeru itu, sahabat YADIM menyeru agar umat Islam menyatakan bantahan serta kebencian terhadap pengumuman dan tindakan Trump yang akan menggugatkan kestabilan dunia dan mampu mencetuskan Perang Dunia ke-3 antara orang Islam dan Rejim Zionis (Yahudi).

Comments