Home Antarabangsa Berita Arab Saudi Benarkan Vatikan Bina Gereja Hanya ‘Fake News’

Berita Arab Saudi Benarkan Vatikan Bina Gereja Hanya ‘Fake News’

SHARE

Semalam, RT melaporkan Setiausaha Agung Liga Muslim Dunia, Sheikh Mohammed bin Abdel Karim Al-Issa, bertindak menandatangani satu perjanjian dengan seorang Kardinal Vatikan bagi menubuhkan gereja di negara tersebut, namun berita tersebut dinafikan oleh pihak Vatikan sendiri sebagai tidak benar atau ‘fake news’.

RT menulis, Arab Saudi kini bukan lagi sebuah negara yang tidak mempunyai tempat ibadat Kristian.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Tambah RT lagi persetujuan terakhir ketua-ketua Liga Muslim Dunia dengan Presiden Majlis Pontifical Council for Inter-religious Dialogue, Kardinal Jean-Louis Tauran ini bukan sahaja membuka jalan projek-projek pembinaan, bahkan mempunyai pelan untuk mengadakan satu Persidangan Muslim-Kristian setiap dua tahun dan demi hak yang lebih baik untuk penganut bukan Islam di kerajaan Teluk itu.

Berita yang mendapat perkongsian melebihi 15000 itu kini dinafikan oleh pihak RT.

Comments